Sabtu, 11 Ogos 2012

KAYUHAN CINTA


KAYUHAN CINTA BERSAMA
roda rindu berputar
saat kita selalu mengayuh
pada kayuhan cinta

roda rindu berputar
membawa kita meneroka
alam asmara
pada taman cinta berbunga

roda rindu berputar
tiada letihnya
kerna kita mencintai sesama
begitu dalam perasaannya

^^     ^^
biarlah berjarak
kerna suci menuju 
halal perhubungan
masa depan bahagia

kita bina bersama
restu keluarga
restu Illahi
itu utama,


^^ida shafika idris

CINTA MENDAMBAKAN HALAL REDHA ILLAHI




IDA
biarlah bersedehana
hubungan cinta ini
itulah lebih tenang

IDA
biarlah jauh begini
hubungan cinta ini
jarak bukanlah pemisah

IDA
biarlah cinta ini
cinta kerna Allah S.W.T.
Dia yang menemukan 
sebaik baik pilihan

IDA
biarlah kenangan lalu
menjadi pengajaran
mematangkan fikiran
menenangkan setiap kusut fikiran

IDA
biarlah segalanya
hidup kini hidup masa depan
hanya Dia menentukan
Dia yang mencipta
Dia yang menemukan kita,

semoga selamanya berbahagia indah bersama menghias suasana pada hembusan cinta,,,,^ ^")

Rabu, 8 Ogos 2012

SATU RASA ATAS DUA JIWA

cinta

peganglah rasa kita bina
kerna ini cinta kita
taruhlah setia pada kita

berdoalah agar lama
Dia mendengar tiap ketika
lembutkanlah lidah
memerdukan doa
seikhlas keinginan

cinta

suatu rasa terindah
berbunga akan taman jiwa
si penghuni tercinta
menghias suasana
warna warni perasaan
bersama

cinta

kau aku memegangnya
satu rasa atas dua jiwa

cinta

kau beri sungguh bermakna
suci pertemuan
menggapai redha Illahi

cinta mengecap bahagia
pohon asmara berdaun rindu berbunga kasih sayang^^")

Selasa, 7 Ogos 2012

ida shafika new story morry

assalamualaikum semua....

alhamdulillah kepada semua,kerana dengan keberkatan pada bulan yang dipenuhi barokah...Ya Marhaban Ya Ramadhan....:)


Alhamdulillah,sebenarnya hari ini Gadis Bershawl Pelik ingin kongsikan tentang kehidupan saya sekarang....

"setiap yang berlaku dalam hidup kita sebenarnya adalah salah satu perkara yang ingin mengajar kita tentang kehidupan kita sebenarnya"

kadang kala kita berada ditempat yang mungkin sukar kita laluinya dengan dipenuhi onak liku yang memberi cabaran bagi kita...Tapi adakah pernah kita terfikir kadang-kadang ALLAH uji kita dengan apa pun ujian dan akhirnya disinari dengan pelangi seakan ingin memberi satu kebahagian yang tidak pernah terlintas dalam fikiran kita....:)


Itulah dirasa oleh saya sendiri,disaat ALLAH menguji dengan ditinggalkan,dan ujian yang saya merasakan kehilangan DAN merasakan diri terlalu asing dengan semua orang....tapi akhirnya Alhamdulillah semua itu adalah pengajaran dan kekuatan bagi saya......dan ia sudah berakhir...:)

now!saya dapat merasai kebahagiannya sekarang dengan memiliki insan yang selalu ada disamping saya...
terima kasih kepada FAMILI,KAWAN-KAWAN and DZ kerana awak telah hadir dalam hidup saya...



                                                           _TAMMAT_


KELUARGA BESAR..